About TGHY

My photo
Yan, Kedah, Malaysia
Bismillahhirrohmanirrohim...... Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera.. Tanggal 12hb Februari 2012, satu team telah ditubuhkan..Pada awalnya team ini hanya team peminat tegar sukan berbasikal..Team ini telah diilhamkan oleh Dr Anuar B Ibrahim dan diberi nama Team Gerek Hospital Yan dikenali sebagai TGHY.. Semakin hari semakin ramai peminat sukan berbasikal telah menyertai TGHY ini.. TGHY ini terdiri dari kakitangan serta ahli keluarga Hospital Yan.. Dengan sambutan yang semakin memberangsangkan, TGHY telah disertai hampir 30 orang ahli.. TGHY telah menghantar ahli untuk menyertai setiap event berbasikal yang dianjurkan di Kedah.. TGHY semakin maju kehadapan dengan menganjurkan event khas untuk kakitangan dan keluarga kakitangan Hospital Yan iaitu Jerai Endurance 2013 pada 2hb Mac 2013 dan mengadakan Hari Keluarga TGHY dengan berkayuh dari Hospital Yan ke Pantai Merdeka.. Saya berharap, TGHY akan lebih berani mengadakan event besar lepas ini dan TGHY semakin membangun dengan penambahan ahli-ahli baru.. Semoga TGHY berjaya dalam apa jua tentangan yang bakal ditempuhi kelak.. Selamat maju jaya TGHY..(admin)

Saturday 6 April 2013

 Salam sejahtera... Semalam TGHY telah sertai Mini Jamboree anjuran AMBC...Alhamdulillah... Semua berjaya sampai ke garisan penamat.. Pelbagai halangan dan rintangan berjaya ditempuhi..Antaranya, laluan berliku, hujan lebat, lopak air yang agak dalam dan tanah yang berselut... Kayuhan diiringin bunyi tembakan dan bom asap.. Semua peserta merasai laluan yang mencabar dan ada yang beberapakali jatuh akibat laluan yang licin..Tapi tetap bangun dengan semangat waja untuk menamatkan kayuhan.. Dengan penyertaan ini, saya harap TGHY makin bersemangat untuk sertai Jamboree yang akan datang... Tahniah buat team TGHY..
 TGHY semakin mendapat tempat dikalangan pasukan MTB... TGHY semakin berani menyahut cabaran yang datang...
 Walaupun TGHY mempunyai ahli yang sikit, tp TGHY semakin terkenal kerana banyak penyertaan yang TGHY sertai sekarang ini.. Tahun 2013 adalah permulaan yang paling hangat dan paling hebat untuk TGHY... Jangan sia-sia kan nama TGHY.. Teruskan usaha kita ke arah menaikkam nama TGHY ditempat yang setaraf dengan pasukan MTB yang lain..
 Dengan harapan TGHY menjadi lebih yakin dengan kemampuan sendiri untuk bergerak maju ke hadapan..
Tahniah TGHY..


No comments:

Post a Comment